<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1899783064725366508\x26blogName\x3d%E2%99%A5Tapi+aku+tidak+mengerti,+mengapa+cin...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://aisyahdiaries.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://aisyahdiaries.blogspot.com/\x26vt\x3d330307292734821160', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, July 21, 2010♥

Bercintalah Kerana Allah
jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..

Islam itu indah..

[2:22 AM]

Saturday, July 17, 2010♥




alhamdulillah mak kasi gelang... ade loket kunci.. hepi sangat2 bile mak pakaikn kat tangan kiriku..
bersyukur sangat mempunyai ibubapa yg semulia ibu dan bapaku..
Ayah
ayah yang sentiase memberi kate2 berunsur agama supaya aku tidak leka dengan arus duniawi.. dan sentiase menyuruh supaya aku menjadi anak yg baik.. dan kemudian isteri yang taat dengan perintah suami.. "chacha kalau da kahwin.. biar makan nasik dengan kicap pon tkpe. asalkan chacha jangan kerja" ayah tk membenarkan anak perempuannye bekerja selepas da berumahtangga.. yg selalu mengingatkanku agar aku tidak melawan cakap mak.. dan kemudian suami.. seorang yg tegas tapi lembut dihati.. itulah ayahku yg amat aku sayangi..
Ibu
ibu yang penyayang yang sentiase menyayangi anak2nye tanpa mengenal jemu.. walawpun aku sering buatnye terluka atau berkecil hati.. tapi ibu sentiase tersenyum dan melayani aku bagaikan puteri.. bile aku inginkan sesuatu.. ibu sanggup belikn, tanpa pengetahuanku dan membuat aku terkejut dengan pemberian yg aku inginkan.. itulah ibuku yg sentiase ingin aku berasa bahagia.. walaupun dia sendiri yg kekurangan.. teringat mase aku ingin beli ice cream 30sen.. ibu beri 5sen 5sen cukup2 untuk cukupkan 30sen dan agar aku dapat memakan ice cream itu.. kini aku da dewasa.. tapi tetap manja dan selalu ingin sesuatu yg ibu tak pernah jemu untuk tunaikan permintaan itu dengan memberiku beserta dengan senyuman manis.. itulah ibuku yang amat aku cintai..

[8:02 PM]

Monday, July 5, 2010♥




Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata,

“ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?” Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).

Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

* Dimensi kata, rasa dan tindakan. Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8 Firman Allah lagi: “… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:


* Rasa kehambaan.

* Rasa bertuhan.

* Memahami maksud takdir.

* Mendapat hikmah di sebalik ujian.

[6:57 AM]





Sebuah negara yg menguji kekuatan pasukan tenteranya dan kehebatan senjata miliknya, sebenarnya sedang menyampaikan mesej kpd negara lain bahawa mereka kuat. begitu juga dgn musibah yg menimpa penghuni alam ini, ia mengandungi MESEJ TERTENTU dr Allah s.w.t.


renungilah HIKMAH disebalik musibah seperti berikut :


--->Melatih diri agar Bersabar.

-->Menyucikan Hati dari sifat tercela.

-->Menguatkan Iman seorang mukmin.

-->Agar manusia lebih Dekat dgn Allah s.w.t.

-->Mungkin Allah s.w.t Rindu untuk mendengar rintihan hambaNya.

(Statement ini mengingatkan aku pd satu episod motivasi dr Dr. Fatma El-Zahra, dia ada mengatakan ..bhw ada satu ketika manusia ini sentiasa ditimpa masalah yg tak putus2... lepas satu ... satu. dan ada juga suatu keadaan dimana seorang hamba Allah diduga dirnya yg sakit... berdoa minta kesembuhan.. bertahun2 lamanya memohon padaNya tp tak juga sembuh. maybe ada sesetengah org akan putus asa dgn rahmat Allah. tapi kita harus sedar... kerana dugaanlah kita BERDOA pada Allah... dan Allah amat suka hambaNYA berdoanya. apa akan jadi jika doa org yg sakit itu makbul ?... mungkin juga dia gembira sehingga lupa utk BERDOA lagi selepas kesembuhannya... mungkin juga dia akan berbuat maksiat setelah sembuh ... hanya Allah yg mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya...

-->Supaya DARJAT umat dipertingkatkan.

-->Musibah juga ditimpa akibat manusia MEMUTUSKAN hubungan dgn Allah s.w.t. Supaya manusia mengambil PENGAJARAN daripada musibah tersebut.

-->Musibah MENGUJI tahap IMAN seseorang.

-->bahawa Allah s.w.t itu Maha Perkasa dan manusia pula hamba yg sangat lemah dan tidak berdaya apa jua.. menghindarkan sifat RIAK.

-->Musibah juga menjadikan doa dan taubat itu betul2 IKHLAS. Manusia yg ditimpa musibah adalah dlm keadaan lemah dan TAWADU'. Ini boleh menghasilkan doa yg benar2 TULUS.

-->Membangkitkan org yg diuji dari KELALAIAN dengan nikmat dunia.

-->Kadangkala org yg ditimpa musibah akibat dari perbuatan orang lain. Keadaannya dikira org yg teraniaya. Maka Allah MERAHMATInya dgn mengurniakannya doa yg MAKBUL.

-->Musibah SUMBER pahala dan kebaikan. sesungguhnya kita sebagai manusia biasa amat lemah... sering lalai... beruntunglah bagi mereka yg dihatinya sentiasa ada Allah... .jika kita sedar akan hakikat kenapa kita diciptakan ... maka kita tahu tak lain tak bukan hanya untuk mencapai keredhaan dariNya.. kita disarankan berbuat amalan sebanyak-banyaknya sbg bekalan bukan?... maka dgn itu kita beribadah ... apa juga yg kita buat (perkara baik) akan jadi ibadah jika ia kerana Allah... mudahkan?..ada juga sumber ibadah bukan kita sendiri yg buat (dgn kemahuan) atau minta... tp kita dapat. inilah yg dikatakan musibah itu sumber ibadah yg kita dapat tanpa diminta ( sebab jarang sekali manusia memohon musibah... malah tidak sama sekali)... jika kita tenang ... redha dgn apa yg Allah beri (musibah)... maka disitu letaknya PAHALA yg dimaksudkan... .

-->Musibah juga menunjukkan bahawa Dunia ini hina dan tiada apa jika dibandingkan dgn AKHIRAT. Dunia hanya jambatan ke SYURGA atau ke neraka.

-->Sesungguhnya PILIHAN ALLAH ialah pilihan yg TERBAIK berbanding dgn pilihan hambaNya. Begitu juga musibah, ia adalah PILIHAN Allah buat hambaNya. seringkali kita mengeluh... "..kenapa lah jadi mcm ni ... kenapa aku?!..." jarang kita mengucap ALHAMDULILLAH apabila dapat musibah. Bagi yg tidak memahami akan kata "gila apa?! cakap alhamdulillah bila dpt musibah.." ... dan sekarang ni kita dah tahu akan hikmah kenapa Allah pilih kita dpt musibah... bukankah begitu banyak kebaikan yg tersembunyi disebalik musibah... sedarlah bahawa kita yg TERPILIH ini adalah yg disayangi... Allah nak bagi pahala... pahala itu lah tiket yg sangat berharga... untuk kita kat sana nanti... dan satu lagi ucapan yg baik untuk kita yg ditimpa musibah.."Innalillahi wainnalillahi rojiun...."

-->Kadangkala manusia tidak tahu akibat sesuatu perbuatan. dgn adanya musibah, manusia dpt mempelajari sesuatu iaitu "AKIBAT". ini merupakan wake up call... bahawa kita semua ada dosa... dan pula akibatnya ada yg dibayar secara tunai... ada yg ditangguhkan di akhirat nanti. beruntunglah mereka yg diberikan peringatan.. awal2 lagi ... sebelum Izrail datang menjemputnya.. bukankah itu tuah namanya? (bg mereka yg mengetahui)...

[6:42 AM]





Mencari Yang Maha Satu♥

NAME?

NAME?

Aisyah
24 Rabi'ul Akhir, January 1985

Muslimah, A Seeker In Pursuit Of Knowlegde And Allah's Love

.

Haribulan Sekarang ♥




Waktu Sekarang ♥




Melodi Bersama♥



Melodi Bersama♥


NAME?





Bicara Kata♥