Monday, April 19, 2010♥
Usah di kesal yang berlaku
Saat kau lafaz kata pemutus
Tiada gunanya segala alasan
Takkan ku berundur walau seketika
Tak perlu merayu pada hati ini
Tak perlu lagi aku menangisi
Takdir menentukan kitakan berpisah
Terimalah hakikat cinta kita
Pedihnya semalam masih ku terasa
Luka yang berdarah mengalir kesakitan
Hati yang kecewa menangis sedih
Di hiris pilu
Jiwa meronta hiba
Tak bisa putuskan kemahuan hati
Yang menyeksakan diri
Namun kekuatan yang masih tersimpan
Terlepaslah daku dari derita
Usah disebut kisah yang lalu
Tertutup sudah pintu hatiku
Cukuplah bagi ku Tuhan Maha Esa
Hanyalah Dia penawarku
[10:32 AM]
Thursday, April 8, 2010♥
Nilai Seorang Wanita Solehah
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. InsyaAllah.
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat-empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah akan sebaik-baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah.
Jika menyuruh, isteri mentaatinya.
Jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya.
Jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Jika suaminya tiada dirumah, dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya, kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" Ibnu - Majah.
Wallahua'lam.
[8:32 AM]