Hamba menadah kedua telapak tangan ini Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…
Dalam mencari sebuah hikayat cinta Hati yang tulus murni amat sukar ditemui Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…
Hadirkanlah dalam cerita hidupku Seorang insan bernama teman Yang sentiasa berada di dalam doaku Bersama diriku menempuh onak perjuangan Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu Agar dapat merasakan kemanisan iman…
Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu Cintakanlah hatiku dengan cinta yang merindui syahid fisabilillah Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu Kerana syaitan akan menjadi pemisah Antara cinta hakiki dan cinta palsu Yang hanya menyebabkan hati terbelah dan berpecah… Iman semakin lemah..
Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan Dalam mencari cinta seorang insan Bersenjatakan kekebalan iman Berperisaikan doa dan kesabaran Dalam mengahadapi dunia yang penuh kepura-puraan Menjadi sebuah permainan hidup yang mensia-siakan…
Satukanlah hatiku ini dengan sekeping hati murni Yang membawa aku ke arah jalan kebenaran ILAHI Yang bisa menjadi bukti lafaz cinta suci Pada pandangan ALLAHURABBI Agar berkekalan hingga ke syurga abadi Dan berbahagia di taman indah firdausi…
Bisakah dicari dalam dunia yang fana’ ini Seorang teman hidup idaman hati Yang memiliki keteguhan iman yang tinggi Dan mempunyai hati yang tulus suci Serta kaya dengan budi pekerti dan akhlak terpuji Dalam menghulurkan cinta sejati Semoga cinta yang sejati akan ku temui Semoga hari itu akan menjadi saksi Pertemuan dua hati murni di hadapan ILAHI Di depan pintu gerbang syurga hakiki dan abadi…
[6:21 AM]
Mencari Yang Maha Satu♥
Aisyah
24 Rabi'ul Akhir, January 1985
Muslimah, A Seeker In Pursuit
Of Knowlegde And Allah's Love